1. Melewatkan Sarapan
Di Dalam American Journal of Clinical Nutrition, lelaki yang tidak sempat bersarapan memiliki potensi 21 peratus lebih tinggi diserang diabetes.
Menu sarapan yang kaya dengan protein dan lemak sihat mampu mengawal kadar gula darah sepanjang hari
2. Pemanis Buatan
Laporan dari HealthDay mendedahkan, penelitian lanjutan dengan 400 responden mendapati pengambilan pemanis buatan dalam jangka masa panjang cenderung mempunyai paras gula darah yang lebih tinggi.
3. Makanan Tinggi Lemak
Penghidap diabetes mungkin risau dengan kandungan karbohidrat dalam makanan mereka, namun studi terbaru menunjukkan kandungan lemak juga dapat mempengaruhi kadar gula darah.
Journal of Nutrition pada tahun 2011 meminta reponden mengambil makanan berlemak,lalu minum minuman manis 6 jam kemudian. Kadar gula darah mereka 32 peratus lebih tinggi dibandingkan semasa tidak memakan makanan berlemak. Ini menunjukkan kadar tinggi lemak dalam darah mempengaruhi tenaga tubuh untuk membersihkan gula dalam darah.
4. Secawan Kopi
Menurut penelitian menunjukkan kebiasaan minum kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes jenis 2 dalam jangka masa panjang. Tetapi, bagi mereka yang sudah menderita diabetes, kafein boleh merumitkan keadaan.
Aaron Cypess, Penyelidik dari National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases menyatakan ” Saya tak kata jangan minum kopi berkafein. Ia sebenarnya sangat bergantung pada diri masing-masing.”
5. Jangkitan
Mungkin itu selsema,flu atau jangkitan saluran kencing, sistem imun badan kita melepaskan kuman untuk melawan bahan kimia yang dapat membuatkan gula darah meningkat.
Oleh itu, jika kita jatuh sakit pastikan kita menjaga pemakanan agar lebih seimbang kerana dengan itu ia dapat mengeluarkan kadar glukosa berlebihan dan membantu fungsi tubuh lebih baik.
6. Kurang Tidur
Patty Bonsignore,pendidik diabetes di Joslin Diabetes Center Boston AS,” Tidur itu satu pemulihan. Tidak cukup tidur adalah bentuk stres yang kronik pada tubuh. Setiap kali kita menambah stres,kadar gula darah akan lebih tinggi.”
7. Merokok
Memang jelas, merokok tidak sihat bagi sesiapa pun. Rokok pastinya amat berbahaya kepada penghidap diabetes. Kajian di Universiti Politeknik State California pada tahun 2011, semakin banyak nikotin terkumpul di dalm tubuh, semakin tinggi tingkat A1C-nya (ukuran gula darah)
Isnin, 26 Mac 2018
7 PUNCA KENAPA PARAS GULA DALAM DARAH BOLEH NAIK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan